Monday, November 29, 2010

Etika di Alam Cyber

Etika adalah prinsip-prinsip atau standard perilaku manusia. Cyberethics adalah kod perilaku di Internet. Berdasarkan akal dan penilaian yang baik, cyberethics juga termasuk taat undang-undang yang berlaku untuk perilaku online. Apabila anda mengamalkan cyberethics , anda lebih mungkin untuk memiliki pengalaman internet yang lebih selamat dan menyenangkan.



Berikut adalah beberapa cadangan:

Gunakan Internet untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. E-mel dan mesej akan memudahkan anda untuk berhubung dengan rakan dan ahli keluarga, berkomunikasi dengan rakan kerja, dan berkongsi idea dan maklumat dengan orang-orang di sekitar bandar anda atau seluruh dunia. Menyertai forum dalam internet dan laman rangkaian sosial juga cara yang baik untuk terlibat dengan orang dalam talian.

JANGAN menjadi seorang cyberbully. Apabila berhadapan dengan orang dalam talian berbicara seperti anda berbicara secara berdepan dengannya. Bertolak ansur dan menghormati.orang lain Jangan kasar atau menyakiti hati orang lain, jangan menggunakan bahasa yang buruk, dan tidak membuat ancaman atau cuba untuk menghina orang lain. Ketika anda taip, pastikan butang Caps Lock anda dimatikan atau mungkin orang akan berfikir bahawa anda menengking kepadanya.

Lapor kepada pihak berkuasa jika berlaku cyberbullies. Catat setiap komentar yang anda terima dari cyberbully; suruh cyberbully berhenti mengganggu anda. Jika dia enggan, lapor kepada pihak berkuasa.

JANGAN menggalakkan cyberbullies berlaku. Jika seseorang yang anda jumpa dalam talian menghina anda atau mengatakan sesuatu yang mengancam anda, abaikan saja. Berdebat dengan cyberbully boleh mendorong perlakuannya bertambah buruk. Jika anda menolak untuk berdebat, sekiranya berpeluang, mereka akan berhenti mengganggu anda. Jika cyberbully mengganggu anda melalui e-mel atau mesej, anda juga boleh menggunakan built-in filters untuk mengelakkan cyberbully menghubungi anda.

Gunakan Internet untuk mendapatkan kajian dan maklumat. Internet seperti perpustakaan yang terbesar di dunia, dikemas penuh dengan maklumat pada setiap topik, dari sejarah kuno sampai kejadian terkini, dari matematik dan sains dengan seni dan antropologi. Maklumat yang anda dapati secara online dapat membantu anda untuk menguruskan hidup anda, meningkatkan kualiti pekerjaan anda, dan membuat keputusan penting dengan tahap yakin diri yang lebih tinggi.

JANGAN menggunakan maklumat yang anda cipta sendiri. Terdapat banyak maklumat di internet yang boleh anda salin dan menggunakan semula maklumat yang anda dapati secara online. Mengiktiraf maklumat yang anda perolehi dalam internet sebagai hasil kerja anda merupakan suatu sikap yang tidak jujur malah melanggar undang-undang. Jika maklumat yang anda perolehi dilindungi hak cipta, melalui undang-undang ia merupakan hak milik orang lain. Jika anda menggunakannya tanpa kebenaran atau Attribution yang sesuai, anda telah melanggar undang-undang hak cipta.

Nikmati muzik, video dan permainan di Internet. Ada banyak laman web di internet yang boleh anda dapatkan muzik baru, menonton filem dan video lain, atau bermain dan belajar tentang permainan komputer.

JANGAN men-download atau berkongsi maklumat hak cipta. Jika anda men-download dan mengedar hak cipta muzik, video, permainan atau bahan lain melalui Internet tanpa kebenaran atau bayaran yang tepat, anda dikira mencuri.

Anda boleh membeli-belah, urusan bank dan membayar bil secara online. Internet memudahkan anda untuk menguruskan banyak urusan secara online yang dapat menjimatkan masa dan wang.

JANGAN terlalu mudah berkongsi maklumat peribadi. Hati-hati tentang jenis dan jumlah maklumat yang anda kongsi dengan orang dalam talian. Hati-hati terutama orang yang anda tidak kenal atau laman web yang berkemungkinan tidak selamat. Mendedahkan maklumat peribadi boleh menjadikan anda sebagai sasaran bagi penjahat dalam talian atau cyberbullies. Untuk memastikan anda berada di laman yang selamat, periksa untuk jika URL bermula dengan https (s “” singkatan dari “dalam”;). Juga, cari address bar hijau atau sijil keselamatan-yang diwakili oleh ikon seperti kunci-satu tempat yang belum dibuka di tetingkap pelayar. Klik dua kali sijil tersebut untuk memastikan nama pada sijil alamat web sesuai.

Guna Internet untuk memperluaskan rangkaian sosial dan perniagaan anda. Laman rangkaian sosial dan perniagaan boleh membantu anda mencari teman lama dan mendapat teman baru, bina dan jaga hubungan profesional anda, dan bina reputasi online anda.

JANGAN berbohong. Apabila berinteraksi dengan orang online, anda hendaklah jujur, dan tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain. Jika seseorang bertanya soalan yang membuatkan anda berasa tidak selesa atau seseorang meminta anda mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi, anda tidak perlu mengendahkannya.


semua perkara di atas adalah sekadar cadangan kepada anda semua sebagai pengguna... moga anda semua SENYUM selalu k....:)

Saturday, November 27, 2010

Koleksi Mutiara Kata

assalamualaikum....

kali ini aku nak share dengan korang koleksi mutiara kata yang
aku sempat baca dalam buku
"Koleksi Mutiara Kata''
buku ni kalau kamu semua nak tau, my lovely friend bagi kat aku taun lepas....
semoga mutiara kata ini dapat menjadi peransang dan pedoman pada kita semua...
fikir, fikir dan terus berfikir...:)

MUTIARA 1
Ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah kebersihan,dan
siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristigfar dan memperbanyak doa,
maka dia adalah seorang
hamba ALLAH S.W.T yang soleh.

MUTIARA 2
Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai,
anda merasa damai dengannya,
anda dapat mengadu masalah anda padanya,
dan dia dapat menceritakan masalahnya kepada anda,
serta dia tidak membocorkan rahsia anda.

MUTIARA 3
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada
apa yang anda rasakan pada saat ini,
ianya supaya anda tidak akan kehilangan apa yang anda miliki pada saat ini,
Dan jangan pula tunggu-tunggu musibah yang akan datang,
kerana jika berlakunya sedemikian,
bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan.

MUTIARA 4
Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal,
tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan.
Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan
mendapat seluruh anugerah dan pemberian,
maka hal itu adalah mustahil.

MUTIARA 5
Wanita yang cantik dan bertaqwa,
rumah yang luas,
rezeki yang cukup,
dan jiran tetangga yang soleh
adalah nikmat yang kurang
disedari oleh kebanyakan manusia.

MUTIARA 6
Kemampuan melupankan hal-hal
yang tidak disenangi adalah suatu nikmat,
mengingati nikmat-nikmat adalah kebaikan,
dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.

MUTIARA 7
Memberi maaf adalah lebih lazat
daripada membalas dendam,
bekerja lebih nikmat daripada menganggur,
ilmu lebih bernilai daripada harta,
dan nikmat kesihatan lebih baik daripada kekayaan.

MUTIARA 8
Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat,
keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan,
peluh kerana bekerja adalah pewangi,
dan pujian yang baik adalah wangian yang harum semerbak.

MUTIARA 9
Sembahyang di waktu malam adalah keagungan di siang hari,
senang memberikan kebaikan kepada orang lain adalah satu bentuk kebersihan hati,
dan menunggu pertolongan dari ALLAH S.W.T adalah suatu ibadah.

MUTIARA 10
Dalam musibah itu terdapat empat seni,
pertama, mencari pahala dari ALLAH S.W.T,
kedua, berkawan dengan kesabaran,
ketiga, berzikir dengan baik,
dan yang keempat, menuggu kelembutan dari ALLAH S.W.T.

MUTIARA 11
Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan,
atau hatimu dibayangi kesedihan, atau
keluarga dan hartamu meninggalkanmu, maka
janganlah sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jadi
ALLAH S.W.T telah menggantikannya di sebalik itu dengan
segala bentuk kebaikan yang tidak terduga olehmu.


ini ja yang aku dapat ingat buat masa nih...hmmm... nanti kalau ada masa, aku update yang terbaru ya... insya'allah...
mudah-mudahan anda semua dilindungi dan diberikan segala kebaikan di dunia dan akhirat...
amin...senyum selalu...:)

Wednesday, November 24, 2010

Buat Yang TERBAIK untuk SPM & STPM

asalamualaikum semua...
bermula kemalrin student SPM dan STPM dah berjuang dalam hidup masing-masing dalam kehidupan mereka sebagai pelajar...

hmmm....kepada mereka semua, terutamanya anak buah aku dan junior STPM aku sekolah Menengah Kebangsaaan Kota Kuala Muda, aku ucapkan agar kamu semua berjaya menjawab dengan tenang dan dipermudahkan ALLAH SWT....amin...

Perlu diingatkan bahawa sesi belajar ini tidak akan habis selagi anda tidak memperolehi apa yang anda mahukan...
semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat kelak...amin...
sebelum mula exam jangan lupa baca doa ya....
semoga anda semua diberikan petunjuk...
dan tidak mudah lupa apa yang cikgu ajar dulu...:)

Saturday, November 20, 2010

Hari esok Untuk Islam

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Friday, November 19, 2010

tag by Cik Chenta..


1. nama aku Rizuan Bin Kamaluddin
2. haha...pening aku dok pikiaq nk taip pa neh..
3. anak ke lima dari enam beradik (2 laki-laki 4 perempuan)
4. suka makan...haha..semua aku hantam, tolak batu dengan kayu ja...
5. sebab tu la badan makin tembon..
6. dok pikiaq pasai masa depan...(tak habih2 berangan...hahaha..)
7. semua dalam kampus antarabangsa labuan ni tengah study utk final exam...
8. aku dok main game (Counter-Strike, Tekken, Pess...dan yg se-an-tero dgnnya...hahaha)
9. tak sabaq nk balik umah bln depan...miahahaha~~
10. cuti sem ni lambat balik, pasai tiket flight mahal...( 9/12 tiket aku. naik dari k.kinabalu)
11. baru abih makan nasik tadi..
12. aku buat rekod, dah setaun aku tido tak guna bantal d kampus ni...(sebab bantai kena curi...hahaha)
13. baru2 ni dapat anak buah yg cute...bertambahlah meriah kat umah aku d kampung...
14. apa yang aku nak taip lagi ni ha???
15. oh ya...insya'allah 3-6/12 ni aku naik gunung kinabalu...yeeaaahhhhh!!! jom tawan Gunung!!
16. anak abang aku nak sunat 23 hb ni kalau tak silap la...
17. anak kak long aku ambik SPM taun ni....good luck!!
18. sem depan memang banyak projek yang nk kena siapkan...
19. aku gila dengan CANON EOS60D!!! x dapat beli g....masih dok kumpul duit nak beli....haha~
20. kat labuan ni asyik hujan 2-3 hari ni....sejuk~( best kalau tidur....haha)
21. aku tak suka apa yang aku tak suka...hahaha~~
22. jangan tinggal solat!!!
23. kalau kita respect orang, maka orang jugak akan respect kita....kan??
24. kami di sini dah jadi kelawar...( siang tido, malam stay tight...haha~)
25. yes!!! finally abih jugak 25 benda yg aku nk taip...hahaha~~


hmmmm....sapa yang aku nak tag ha??? lepa ni la noh....-->>
hamzah
cik chenta
nisa
ikhwan
yan

Forever Love (skali skala nk gak jiwang!!! hahaha!!!)

You are my description of love
You are my description of friend
You are my description of everything
You are my description of beginning to end.

You have put me on a pedestal
You make me feel ten feet tall
You've always been there for me
You've loved me through it all.

You've stood by me through thick and thin
You've always been patient and kind
Just thought I'd let you know
You're the owner of this heart of mine.

So you ask how long I'll love you
Well this is what I have to say
Past, present, future, always
Forever and a day!

Thursday, November 18, 2010

bertambahnya bilangan anak di rumah

salam semua...
just nak bagi taw la kat korank semua yang aku dah dapat sorang lagi anak buah....
hehehe....masuk yang baru lahir ni, semuanya 10 orang...
3 perempuan dan 7 laki-laki...

hmmm....lagipon aku x buleh balik tgok baby gurl kakak aku ni...sebab aku sekarang ni still di kampus...huhu...nasib la akakku sent pic baby gurl dia kat aku...
leh gak tgok...comei wa cakap sama lu....

nama yang di berikan Nur Umaira Bathrisya maknanya
"Nur= cahaya; Umaira= Berpipi merah, putih campur merah; Batrisya= Cerdik, pintar'
insya'allah..mudah-mudahan nama yang diberikan menjadi doa yang mujarap...

ni pic yang kakak aku sent... comei tak??

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha..


assalamualaikum....

setelah sekian lama aku tak update blog ni...huhu...sibuk betul sejak kebelakangan ni....semuanya kerana kewajiban aku sebagai pelajar...aihcecewah...hehe...
hmmm....sedar tak sedar sekarang ni dah pun penghujung tahun 2010...kejap ja aku rasa...
pening tak habis lagi pasal final exam nih...hope sem ni ponter aku tambah g la noh...amin...

tahun ni hari raya aidiladha pun aku tak balik...hehe...tengah exam la...mana sempat nk balik..
papapon aku doakan family aku sehat sejahtera...amin...

mak, ayah, abang, kakakku dan adikku...selamat hari raya aidiladha...maaf kiranya wan ada buat salah dan silap ya...hehe...

kepada semua kengkawan, aku ucapkan selamat hari raya aidiladha...maaf zahir dan batin kiranya aku ada buat salah kat kamu semua ya...moga kalian berada dalam keadaan sehat sejahtera...amin..

semoga hari raya korban pada kali ini kita dapat menghayati erti sebenar pengorbanan pejuang-pejuang Islam yg terdahulu dan sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran....insya'allah...