Monday, January 11, 2010

:: bakar gereja bukan jalan penyelesaian yang terbaik ::


Sirah Nabawiyyah adalah mutiara perjalanan mukmin. Ketika Rasulullah menghantar bala Tenteranya 3,000 orang menuju Mu'tah untuk menghadapi Tentera Rom yang menganut Kristian seramai 200,000, baginda memberi beberapa pesanan. Antaranya :

1) Jangan membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak.

2) Jangan tebang pokok dan merobohkan bangunan.

3) Jangan menganggu paderi-paderi di Gereja mereka.


Itulah pesanan Rasulullah di saat menuju medan perang.

Kini, kita di Malaysia berada dalam zon aman, tenteram dan harmoni. Mengapa perlu mengebom Gereja ? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya.

Insiden membakar 3 gereja benar-benar memalukan kita sebagai Umat Islam. Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran puak-puak perkauman. Versinya sama seperti peristiwa pijak kepala lembu. Dulu mereka menghina agama Hindu. Kini menghina ugama Kristian.

Puak-puak perkauman tiada modal berhujah. Modal mereka hanya "ISA", pijak kepala lembu dan kini bakar gereja.

Pelik kita melihat aksi polis. Jika demo BERSIH dan GMI anti ISA tempoh hari, polis dengan kekuatan SB, FRU dan ribuan anggota "celik mata" 24 jam pantau pergerakkan demo dengan membuat roadblock sekitar ibukota beberapa hari sebelum demo.

Tapi reaksi polis dalam kes ini tidak begitu proaktif. Bermula tiada tindakan tegas ketika puak perkauman pijak kepala lembu kemudian diraikan oleh Menteri Polis Hishamudin di Putrajaya lepas itu baru didakwa.

Begitu juga aksi demo semasa bantah penggunaan Kelimah ALLAH di perkarangan luar Masjid Sultan Salehudin. Ada yang melaung "bakar gereja". Mana anggota polis? Tiada tangkapan. Bahkan perhimpunan itu tiada permit polis.

Sepatutnya, pihak polis sudah membuat persiapan mengawal gereja apabila terdapat ancaman membuat demo seluruh negara. Janganlah polis hanya bertindak cepat jika yang mengancam parti pemerintah UMNO seperti demo BERSIH dan GMI.

Itulah yang rakyat nampak sekarang. Polis hanya jaga parti pemerintah.


kita sebenarnya perlu kembali kepada AL-QURAN dan SUNNAH bagi mencari segala bentuk penyelesaian yang terjadi...

Pintu gereja di Seremban dibakar (malysiakini.com)

Jan 11, 10 10:42am
kemaskini 2.46pm Sebuah gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban mengalami kebakaran di pintu utamanya akibat perbuatan khianat pagi ini.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abd Manan Mhd Hassan berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini yang menyatakan terdapat kerosakan dipintu utama gereja itu.

seremban church door burned 110110 02"Hasil daripada maklumat tersebut, polis bersama dengan unit forensik dan bomba datang membuat siasatan dan mendapati hanya terdapat kerosakan kecil dengan kesan kebakaran pada pintu depan gereja tersebut.

"Kita percaya mereka yang melakukan perkara ini ialah dengan menyimbah minyak petrol dan membakarnya, sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, kebakaran ini tidak merebak," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Katanya, polis percaya kejadian itu berlaku antara pukul 1.30 pagi dan 8.30 pagi ini kerana pada pukul 1.30 pagi tadi, unit kereta peronda polis ada membuat lawatan di situ dan mendapati tiada apa-apa berlaku.

Abd Manan berkata kejadian ini adalah yang pertama berlaku di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua kereta peronda dan juga anggota yang menjalankan tugas rondaan (bit) untuk memantau dan membuat pemerhatian di tempat-tempat ibadat termasuk gereja dan masjid di negeri ini bagi mempastikan tiada kejadian seperti ini berlaku.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara seperti ini. Saya memberi amaran, jangan cuba membuat sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara ini.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka ini," katanya.

Seorang paderi gereja itu Eddy Marson Yasir, 33, berkata beliau adalah orang terakhir yang meninggalkan dan mengunci gereja itu pada kira-kira pukul 11.30 malam tadi selepas mengadakan mesyuarat.

"Saya terkejut kerana diberitahu oleh seorang ahli gereja mengenai kejadian itu pagi ini. Gereja ini telah berada di Seremban 10 tahun dan kita menyewa bangunan rumah kedai itu sejak lima tahun yang lepas," katanya.

Seorang ahli gereja itu V Jashua, 49, berkata beliau sedang bersarapan pagi di kawasan itu dan mendapati seorang lelaki berada di hadapan gereja itu sambil memerhatikan keadaan di situ.

"Saya rasa curiga dan hampiri lelaki itu dan menanyakan mengapa dia berada di situ. Lelaki itu kemudian menunjukkan kesan terbakar dipintu utama gereja. Saya kemudian hubungi Eddy," katanya.

- Bernama