Saturday, September 12, 2009

:: ALHAMDULILLAH... HARI NI AKU BALIK KAMPUNG ::



nak jumpak kuarga kat kampung...
anak buah aku tengah menunggu...

yeah huuuu........!!!
akhirnya sampai gak masanya aku balik kampong halaman... raya tahun lepas aku tak balik... alhamdulillah sampai jugak hajat nak balik beraya kat kampong halaman... aku bukan apa, tiada yang lebih mengembirakan selain dapat balik beraya kat kampong sendiri... cukuplah tahun lepas aku beraya kat negeri orang...

apa-apa pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA maafkanlah kiranya bicara hati didalam blog ini tidak menepati kehendak sesiapa sahaja di luar sana... tapi apa yang penting hati kita perlulah disertakan dengan keikhlasan yang lahir dari dasar hati kita tanpa mengharapkan balasan... tul tak?? ehe..

sekali lagi aku ucapkan moga selamat balik kampong halaman kepada sesiapa yang balik beraya.. moga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas... insyaallah...
jap lagi aku bertolak ke kedah... hehehe... kita jumoa lagi 3minggu akan datang...
assalamualaikum... SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday, September 11, 2009

:: RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR MENINGGALKAN KITA ::

tangisan ramadhan kian terasa..
sedar tak sedar sekarang sudah 21 ramadhan kita mengharungi ibadah puasa pada tahun ini...
aku bukanlah orang yang selayaknya dalam hal ini tapi, aku sebagai muslim nak sangat berpesan kat diri aku sendiri dan korang semua bahawa 10 malam terakhir inilah perlunya kita melipatgandakan amalan kita sepanjang ramadhan pada kali ini...

biarlah kita menangis kerana ramadhan akan meninggalkan kita...dan jangan pula kita menangis hanya semata-mata teman wanita kita yang tinggalkan kita...tiada perkara yang lebih baik daripada kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan daripada ALLAH S.W.T...paling kurang pun ringan-ringankanlah mulut untuk berzikir mengingati-NYA tiap masa walau dimana pun kita berada..

tambahan pula pada akhir ramadhan inilah ramai dalam kalangan kita yang sibuk dan berlumba-lumba mencari dan menghabiskan wang ringgit untuk membeli pakaian serba baru dan mahal... tak semestinya kita tak boleh buat semua tu... tapi bukankah islam itu menyuruh kita agar perlunya kita bersederhana dalam sesuatu perkara... jika kita memboros tak ketahuan halatuju semua ni hanya akan merugikan diri sendiri sahaja.... hmm...memang tak patut.... cuba kita duduk dan fikir sejenak tentang sesuatu perkara yang kita lakukan...tepuk dada tanya iman...

sekali lagi aku kat sini bukanlah orang yang selayaknya untuk memberikan nasihat dan peringatan, tapi aku teringat sabda Nabi kita Muhammad S.A.W "ballighu 'anni walau aayah" yang mana maksudnya : "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"...

sama-samalah kita muhasabah diri dan kenali diri kita dengan lebih mendalam sepanjang bulan yang mulia ini... hanya dengan kita mengenal siapa kita dan untuk apa kita diciptakan maka secara tidak langsung kita lebih menghargai tiap detik dan ketika peluang yang diberikan oleh MAHA PENCIPTA sekalian alam ini iaitu ALLAH S.W.T demi melaksanakan perkara yang disuruh/disukai dan meninggalkan perkara yang dilarang/dibenci oleh ALLAH S.W.T... kerana berkemungkinan kita semua tidak mungkin lagi menemui atau merasai kemanisan bulan Ramadhan yang akan datang...

bak kata pepatah, "fikir-fikirkan...dan selamat beramal..." hehe..

insya'allah mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman serta diberikan keampunan daripada ALLAH S.W.T atas Dosa-dosa BESAR mahupun dosa-dosa kecil yang kita lakukan samada dalam keadaan kita sedar atau tidak...

amin ya robbal 'alamin...

Wednesday, September 9, 2009

:: malam lailatul qadar :: 10 malam terakhir ::




:: Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran ::

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


:: Panduan ::

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

:: Mencari Malam Al-Qadar ::


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

:: Kesimpulan ::

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Tuesday, September 8, 2009

:: CUBA TRY TEKA-TEKI NI ::

Dalam ruangan teka-teki ini terdapat beberapa teka-teki yang kami dapati dari berbagai sumber. Ianya hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Untuk mendapatkan jawapan sila “highlight” pada ruang jawapan.


Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati… 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang… 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan. Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.

Monday, September 7, 2009

:: 17 RAMADHAN :: NUZUL QURAN ::


Bacalah Kitab Suci al-Quran
sesungguhnya al-Quran itu adalah satu kitab yang mulia. Sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan kitab (sebahagian rukun iman), adalah wajib bagi kita mempelajari al-Quran itu kerana ianya merupakan satu-satunya panduan kepada umat manusia.


Sedikit Bingkisan Peringkat Penurunan al-Quran

seperti yang kita sedia maklum, al-Quran itu disimpan Allah di Luh Mahfuz dalam satu bentuk yang hanya Allah dan malaikatnya sahaja memahaminya. Daripada Luh Mahfuz ini al-Quran diturunkan terus ke Baitul Izzah (langit dunia) secara keseluruhannya dan kemudiannya diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat melalui perantaraan Jibril AS.

menurut riwayat Ibn Abbas, al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi SAW. Dalam tempoh itu, Nabi SAW dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga.

Antara hati dan al-Quran

hakikatnya, al-Quran itu hanya dapat mendiami pemilik hati-hati yang ikhlas sahaja. Sebab itu tidak semua di kalangan kita yang mampu menghafal Qalam Allah ini. Dalam erti kata lain, kita perlukan hati yang benar-benar bersih dan ikhlas untuk menghafal al-Quran. Jika tidak, hafalan kita tidak akan kekal lama.

di sekolah-sekolah, biasanya kita akan diminta oleh para ustaz mahupun ustazah untuk menghafal beberapa ayat atau surah hafazan. Itu kisah di sekolah- sekolah suatu ketika dahulu. Hari ini, adakah kita masih ingat ayat/surah hafazan tersebut? Mungkin pada masa itu niat kita adalah untuk lulus periksa ataupun ujian tasmi'. Alangkah ruginya kita..Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

menghafal ayat-ayat al-Quran menjanjikan pelbagai kelebihan kepada umat manusia. Di samping ianya akan menjadi pelindung kita di alam kubur dan alam akhirat, dengan menghafalnya juga akan memelihara kita daripada sifat nyanyuk yang merupakan antara penyakit yang ditakuti apabila umur meningkat tua. Dengan adanya al-Quran di dada juga, kita akan terhindar dari sifat-sifat mazmumah yang akan meracuni hidup insani.

di bulan Ramadhan, kita amat digalakkan untuk bertadarus. Ia bukanlah sesuatu yang bid'ah. Malah para malaikat akan menghamparkan rahmat dan berkat dalam satu-satu majlis tadarus. Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya yang mahfumnya, " Bacalah al-Quran dan khatamlah ia dalam tempoh tidak lebih 40 hari."

insya'Allah...sama2 la kita jadikan KALAM ALLAH ini sebagai wadah bicara kita hingga ke akhir hayat kita... cuba2 lah kita kaji dan selidik secara mendalam bagi memahami makna dan kelebihan Al-Quran...

:: BALIK KAMPUNG ::


:: pic atas ni la rumah aku ::


alhamdulillah...
taun ni aku leh balik kampong halaman....
yang bestnya tu cuti aku telajak la pulak...hahaha...
tak pa...yang penting aku leh balik umah...

tak dak apa yang lebih mengembirakan aku selain aku balik umah beraya dengan mak ayah...
taw dak pasal apa aku excited sangat nak balik kampong??
hehehe...semua ni pasai raya tahun lepas aku tak balik beraya kat kampong...
huhuhu...yeeeeeeaaaahhhh!!!! tak sabar aku nk balik!!!! mak ayah...tunggu cek na...

pada kekawan yg tak balik beraya kat kampong, aku harap hampa semua dapat beraya kat perantauan dengan gembira...moga tahun ni lebih baik dari tahun2 yg lalu...
aku balik dulu ek...hehe...

Sunday, September 6, 2009

:: berniaga dalam kampus... ::


hahaha....
ni satu lg kami punya esgnment...
beniaga secara paksa-rela oleh lecture...
masa mula2 dapat esgnment ni aku rasa mcm x best pulak...tapi bila hari yg ditunggu2 tiba masa sambutan malam kemerdekaan negara yg ke-52, tetiba aku rasa best pulak...

hehehe...
mau x bestnya>> dapat pulangan yg agak lumayan la jugak... tapi tu semua x penting...
sebab group aku yg diberi nama "AHJUMMA" lam bahasa korea... aku pown x pasti apa maknanya lam bahasa malayu.... tapi slepas aku kaji punya kaji selama seratus sepuloh minit tiga belas saat tanpa henti....aku dapati makna ahjumma ni "makcik"... ahaks!!
memang best sesangat...semuanya memberikan kejasama yg amat tinggi kualitinya...
bukan nk temberang tapi semua ni adalah satu tugasan yg mana tak dapat aku cari kat tempat2 lain la...

mggu depan adalah malam terakhir kami berniaga...
aku ucapkan kat diri aku dengan group aku moga kita dapat banyak duit lagi!!!
hahhahaha!!! mata duitan tul aku... duit2 gak... bak kata pepatah want da pet "apa yg penting, kerjasama"...
mmg sronoklah buat keja ngan korang sumua!!!
hidup AHJUMMA !!!

:: SALAM RAMADHAN... ::


salam....
hmmm.. alhamdulillah....
skarang ni dah masuk fasa ke-2 dalam bulan yg suci yakni Ramadhan...
yg mana kata nabi kita Muhammad SAW bulan Ramadhan ni ada 3 peringkat atau fasa..

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka...

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan.
Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan menggandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan yg mulia & penuh keberkatan ini...

:: LAFAZ YG TERSIMPAN UNIC ::

Dengar la lagu ni... salah satu lagu favorite aku..

:: aduhhh... ::















hmm...
ni satu g esgment yg aku kena buat.... pining....pining...
sumua ni e-markerting punya pasai la...
apa2 pown aku ni baru nk bejinak2 ngan blog ni...
pehal pown kena buat la jgak...
sesapa yg nk tolong leh gak..
please teach me ok...