Friday, September 11, 2009

:: RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR MENINGGALKAN KITA ::

tangisan ramadhan kian terasa..
sedar tak sedar sekarang sudah 21 ramadhan kita mengharungi ibadah puasa pada tahun ini...
aku bukanlah orang yang selayaknya dalam hal ini tapi, aku sebagai muslim nak sangat berpesan kat diri aku sendiri dan korang semua bahawa 10 malam terakhir inilah perlunya kita melipatgandakan amalan kita sepanjang ramadhan pada kali ini...

biarlah kita menangis kerana ramadhan akan meninggalkan kita...dan jangan pula kita menangis hanya semata-mata teman wanita kita yang tinggalkan kita...tiada perkara yang lebih baik daripada kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan daripada ALLAH S.W.T...paling kurang pun ringan-ringankanlah mulut untuk berzikir mengingati-NYA tiap masa walau dimana pun kita berada..

tambahan pula pada akhir ramadhan inilah ramai dalam kalangan kita yang sibuk dan berlumba-lumba mencari dan menghabiskan wang ringgit untuk membeli pakaian serba baru dan mahal... tak semestinya kita tak boleh buat semua tu... tapi bukankah islam itu menyuruh kita agar perlunya kita bersederhana dalam sesuatu perkara... jika kita memboros tak ketahuan halatuju semua ni hanya akan merugikan diri sendiri sahaja.... hmm...memang tak patut.... cuba kita duduk dan fikir sejenak tentang sesuatu perkara yang kita lakukan...tepuk dada tanya iman...

sekali lagi aku kat sini bukanlah orang yang selayaknya untuk memberikan nasihat dan peringatan, tapi aku teringat sabda Nabi kita Muhammad S.A.W "ballighu 'anni walau aayah" yang mana maksudnya : "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"...

sama-samalah kita muhasabah diri dan kenali diri kita dengan lebih mendalam sepanjang bulan yang mulia ini... hanya dengan kita mengenal siapa kita dan untuk apa kita diciptakan maka secara tidak langsung kita lebih menghargai tiap detik dan ketika peluang yang diberikan oleh MAHA PENCIPTA sekalian alam ini iaitu ALLAH S.W.T demi melaksanakan perkara yang disuruh/disukai dan meninggalkan perkara yang dilarang/dibenci oleh ALLAH S.W.T... kerana berkemungkinan kita semua tidak mungkin lagi menemui atau merasai kemanisan bulan Ramadhan yang akan datang...

bak kata pepatah, "fikir-fikirkan...dan selamat beramal..." hehe..

insya'allah mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman serta diberikan keampunan daripada ALLAH S.W.T atas Dosa-dosa BESAR mahupun dosa-dosa kecil yang kita lakukan samada dalam keadaan kita sedar atau tidak...

amin ya robbal 'alamin...

No comments:

Post a Comment