Wednesday, January 13, 2010

:: Juara Vokal AJL 24 TV3 Cium Pipi Mas Idayu?? pelik atau perkara biasa?? ::

Apa sudah jadi dengan negara Islam Malaysia Hadhari ini agaknya. Dalam masa rakyat sedang sibuk memperkatakan tentang “khalimah Allah” tiba-tiba kita disaksikan pula dengan satu adengan peluk cium yang sungguh memualkan. Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya.

Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama “Black” (foto), mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut “Mas Idayu” selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini. Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung.

Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya. Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV “Mentor” yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan.

Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam. Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.

Adengan peluk, cium, minum arak, berpeleseran dan sebagainya seolah-olah sudah menjadi adat resam artis-artis kita pada masa ini. Maka itulah kita tidak hairan perkara seperti ini akhirnya ditiru oleh anak-anak muda 1Malaysia.

Mereka sudah berani merakamkan berbagai adengan panas perlakuan tidak senonoh mereka untukd dijadikan bahan tontonan umum. Namun, kejadian cium yang berlaku antara Black dengan Mas Idayu itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula rancangan itu disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak. Aksi tersebut jelas sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia terutamanya orang Melayu.

Malah, dari sudut agama Islam sendiri ianya adalah “haram”. Namun, kenapa ia dibiarkan oleh pihak berkenaan. Rancangan hiburan yang jelas melalaikan itu bukan sahaja berjaya memesongkan minda rakyat malah menjadi agen perubahan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Tambah menyedihkan, terdapat Menteri UMNO sendiri iaitu Datuk Rais Yatim sanggup meluangkan masa untuk memberikan hadiah dan bersekongkol dengan aktiviti maksiat seperti itu.

Apakah ini mencerminkan budaya orang Melayu seperti yang diwar-warkan selama ini agaknya. Oleh itu, diharapkan pihak media “mengharamkan” kelibat kedua-dua artis tersebut selepas ini. Mereka jelas sekali menghina agama Islam dan maruah orang Melayu di mata kaum lain. Mereka sepatutnya dihukum dan digam !!

Sumber: Pahangdaily

:: kesempurnaan ::

Sememangnya tiada sesiapapun di dunia ini memiliki kesempurnaan ke atas segala-galanya. Keburukan dan kebaikan diri ada pada setiap insan. Ianya adalah pemberian dari Allah SWT sebagai ujian dan dugaan untuk kita di muka bumi ini. Selagi masih ada nyawa dan peluang diberikan oleh-Nya untuk kita, maka bersyukurlah.