Monday, September 7, 2009

:: 17 RAMADHAN :: NUZUL QURAN ::


Bacalah Kitab Suci al-Quran
sesungguhnya al-Quran itu adalah satu kitab yang mulia. Sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan kitab (sebahagian rukun iman), adalah wajib bagi kita mempelajari al-Quran itu kerana ianya merupakan satu-satunya panduan kepada umat manusia.


Sedikit Bingkisan Peringkat Penurunan al-Quran

seperti yang kita sedia maklum, al-Quran itu disimpan Allah di Luh Mahfuz dalam satu bentuk yang hanya Allah dan malaikatnya sahaja memahaminya. Daripada Luh Mahfuz ini al-Quran diturunkan terus ke Baitul Izzah (langit dunia) secara keseluruhannya dan kemudiannya diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat melalui perantaraan Jibril AS.

menurut riwayat Ibn Abbas, al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi SAW. Dalam tempoh itu, Nabi SAW dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga.

Antara hati dan al-Quran

hakikatnya, al-Quran itu hanya dapat mendiami pemilik hati-hati yang ikhlas sahaja. Sebab itu tidak semua di kalangan kita yang mampu menghafal Qalam Allah ini. Dalam erti kata lain, kita perlukan hati yang benar-benar bersih dan ikhlas untuk menghafal al-Quran. Jika tidak, hafalan kita tidak akan kekal lama.

di sekolah-sekolah, biasanya kita akan diminta oleh para ustaz mahupun ustazah untuk menghafal beberapa ayat atau surah hafazan. Itu kisah di sekolah- sekolah suatu ketika dahulu. Hari ini, adakah kita masih ingat ayat/surah hafazan tersebut? Mungkin pada masa itu niat kita adalah untuk lulus periksa ataupun ujian tasmi'. Alangkah ruginya kita..Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

menghafal ayat-ayat al-Quran menjanjikan pelbagai kelebihan kepada umat manusia. Di samping ianya akan menjadi pelindung kita di alam kubur dan alam akhirat, dengan menghafalnya juga akan memelihara kita daripada sifat nyanyuk yang merupakan antara penyakit yang ditakuti apabila umur meningkat tua. Dengan adanya al-Quran di dada juga, kita akan terhindar dari sifat-sifat mazmumah yang akan meracuni hidup insani.

di bulan Ramadhan, kita amat digalakkan untuk bertadarus. Ia bukanlah sesuatu yang bid'ah. Malah para malaikat akan menghamparkan rahmat dan berkat dalam satu-satu majlis tadarus. Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya yang mahfumnya, " Bacalah al-Quran dan khatamlah ia dalam tempoh tidak lebih 40 hari."

insya'Allah...sama2 la kita jadikan KALAM ALLAH ini sebagai wadah bicara kita hingga ke akhir hayat kita... cuba2 lah kita kaji dan selidik secara mendalam bagi memahami makna dan kelebihan Al-Quran...

:: BALIK KAMPUNG ::


:: pic atas ni la rumah aku ::


alhamdulillah...
taun ni aku leh balik kampong halaman....
yang bestnya tu cuti aku telajak la pulak...hahaha...
tak pa...yang penting aku leh balik umah...

tak dak apa yang lebih mengembirakan aku selain aku balik umah beraya dengan mak ayah...
taw dak pasal apa aku excited sangat nak balik kampong??
hehehe...semua ni pasai raya tahun lepas aku tak balik beraya kat kampong...
huhuhu...yeeeeeeaaaahhhh!!!! tak sabar aku nk balik!!!! mak ayah...tunggu cek na...

pada kekawan yg tak balik beraya kat kampong, aku harap hampa semua dapat beraya kat perantauan dengan gembira...moga tahun ni lebih baik dari tahun2 yg lalu...
aku balik dulu ek...hehe...