Monday, March 29, 2010

Dari Mata Turun Ke Hati



Lelaki,

Pasti saudara pernah mendengar ungkapan “dari mata jatuh ke hati”. Ya, memang dari mata akan jatuh ke hati kerana mata adalah pancaindera yang menerima sumber atau input data. Hati adalah pemproses yang akan menentukan nilaiannya. Saudara memilih dan membeli barang di pasaran setelah melihat, memerhati dan telah jatuh hati. Ya, apabila saudara melihat saudari dengan mata, ia akan jua dinilai oleh hati. Baik buruknya. Cantik kurangnya. Mata dan hati, pancaindera dan organ adalah ciptaan Tuhan yang suci. Tapi punya peranan yang bisa dipositifi atau dinegatifi, tergantung kepada nakhoda si pengemudi diri. Maka, saudara, jagalah pandangan mata! Supaya hanya terpandang dan memandang yang baik-baik saja dan yang mendatangkan kebaikan saja. Kerana boleh jadi, sesuatu itu baik, tetapi tidak akan mendatangkan kebaikan, bahkan menambah keburukan, dosa dan noda jika dipersalahguna. Kecantikan pada wajah si putri itu baik, dan elok sekali, untuk kemantapan rumahtangga berkeluarga. Tapi, awas, kecantikan yang bukan atau belum milik saudara itu berbahaya untuk dipandang-pandang lama, diulang-ulang pandang, ditenung-tenung dengan penuh rasa, kononnya menjiwai kecantikan makhluk ciptaan Yang Esa. Ya, memang indah ciptaan makhluk Yang Esa itu, tapi apakah saudara telah punya autoriti untuk menikmatinya. Kalau bukan yang saudara punya, tentu tidak boleh. Menceroboh namanya. Mengambil hak oang itu, mencuri. Mahu jadikan ia, hak anda, berkahwinlah!

Buat putri,

Jagalah pandangan mata. Kerana mata saudari itu adalah kuasa yang dipinjamkan-Nya. Kuasa tarik yang maha kuat. Yang maha tajam. Bisa menembus benteng kekuatan iman sang lelaki. Kuasa tusukan panahan yang maha bisa hingga membuatkan orang tersiksa dan ketagih untuk melihatnya lagi. Andai tidak bisa melihat lagi, ia terus tersiksa, dan merana, dan terus menyimpan cita-cita dan ia susuli dengan usaha hingga bisa dua mata dari lain jantina itu bisa bertentang lagi. Padahal, pada pertentangan itu tidak ada lain kecuali panahan syaitan dan murka Allah saja. Awas. Jagalah pandangan matamu sang putri, demi menjaga kesaliman iman saudaramu seagama tapi berlainan jantina, sang lelaki. Jagalah pandangan matamu, kerana engkau tidak buta. Dan dia yang melihat juga tidak buta. Dan bagaimana sekiranya kamu dijadikan Allah buta? Tidakkah kamu bersyukur dengan ketidakbutaan kamu? Mengapa mahu lagi kamu derhaka pada perintah aturan-Nya?


Jagalah kemuliaan jiwa dan ragamu. Pada dirimu itu tidak ada lain hanya kemuliaan. Rupa wajah, paras potongan, bentuk ciptaan, dan aurat adalah kemuliaan yang Allah jadikan padamu, untuk menguji orang yang beriman, kamu dan manusia lain. Maka, kemuliaan itu, peliharalah, jagalah, lindungi ia, tutupilah, jangan dedah-dedahkan, kelak terkena kotoran, tercalar oleh sentuhan haram lagi terlarang, kelak diguris orang, kelak disambar, diterkam sang pemandang, pengintai, pemerhati, yang memandang dan menyimpan, cita-cita memiliki dan menguasai.

Duhai putri,

Labuh-labuhkanlah. Jangan singkat-singkatkan. Labuhkanlah hijab (tudung kepala). Jangan singkat-singkatkan. Biar sampai menutupi bentuk-bentuk badanmu. Biar sampai menutupi dadamu, dari depan, dan sisi. Labuhkanlah jilbab (pakaian badan), dan longgar-longgarkanlah. Biar ia melepasi, paras yang menjadi sensitivity. Janganlah sekadar mengambil nama, asalkan pakai saja. Pakailah kerana tujuannya. Tujuannya untuk menutupi, untuk menghalang dari dipandangi, maka, tutupilah selayaknya, sesempurnanya. Janganlah telah ditutupi semuanya, tapi seperti pembalut nangka, kulitnya tidak nampak, tapi bulat lepernya semua orang tahu, bentuknya! Bentuknya! Jagalah bentuknya, supaya bentuknya pun orang tidak tahu. Supaya bentuknya pun tidak melemparkan kamu, dan melemparkan orang yang memandangnya kea pi yang menyala. Bentuk adalah satu kuasa, bentuk adalah amanah Allah padamu supaya dijaga, bentuk adalah satu bentuk ujian kepada kita. Maka, bentukmu, jagalah!

Bukan kerana Tuhan tidak menyayangi, bukan kerana Dia tidak Adil, lalu Dia menetapkan bermacam-macam ketidakbolehan, halangan, larangan, ikatan, kesempitan padamu, sang putri! Bukan! Bukan! Justeru Dia menyayangi saudarilah, dia menyediakan system pengurusan diri saudari dengan sedemikian aturan, standard, dan prosedur, yang komprehensif, efektif, supaya saudari selamat, jiwa dan raga (selamat jiwa dari dosa, selamat raga dari bahaya). Putri, apabila keluar dari rumahmu, tahanlah dirimu dengan kesabaran dari berhias. Badanmu itu sendiri sudah satu perhiasan yang sangat cantik, yang bisa menarik manusia, tiada siapa yang bisa menafikannya. Apalagi jika saudari tambahi dengan perhiasan luaran. Bertambahlah tarikan. Sedang Tuhan tidak mengkehendaki saudari dari mentertarikkan orang, supaya jauh dari maksiat dan ketidakselamatan. Maka, tahanlah diri dari berhias!

Pada wajah, pada badan dan pada pakaian. Allah itu memang Maha Cantik dan Menyukai kecantikan. Tapi, berpada-padalah dengan kecantikan dan biarlah ia menempati keperluan. Berpakailah sekadar kemas, tidak comot, tapi bukan sampai berlebihan dengan hiasan, wangian, warna-warna ranggi dan garang, memikatkan, sehingga mentertarik setiap mata yang terpandang, atau memandang. Sembunyikanlah dulu perhiasan, biar manusia tidak tahu tapi Tuhan Maha Tahu. Dan bunyi-bunyian, dari mata rantaian, yang mengelilingi dan melingkari tangan-tangan, atau kaki-kakian, locengan dan hentakan dari sepatu, senyapkanlah.

Tuhan Maha Tahu, bahawa engkau tidak bisa mematikan nafsu, kehendak dan ingin yang mahu, menunjukkan bahawa engkau adalah makhluk yang hebat, cantik, dan menarik. Engkau mahukan perhatian, dipandang, dan diberi pujian. Engkau mahu menunjukkan, engkau adalah sebaik-baik perhiasan. Engkau mahu berhias-hiasan, bercantik-cantikan, berwangi-wangian, menarik dan menawan dalam pandangan, kerana itu semua karateristik idaman, karakteristik syurga yang diharap balasan, maka bernikahlah! Ia menghubungkan manusia. Ia mendamaikan jiwa. Ia menukarkan dosa kepada pahala. Ia menghalalkan yang haram. Ia membenarkan yang dilarang. Ia tempat kepuasan. Ia tempat untuk berhias-hiasan, bercantik-cantikan, bersenang-senang seronokan, tempat untuk mempamerkan segala kehebatan, ia adalah hak anda yang telah dihalalkan. Kelak, berhiaslah sehias-hias dan sepuas-puasnya, dalam lingkungan kamar, dan dalam rumah anda, dan peragakanlah, pertontonkanlah kepada si dia yang telah halal pada anda.

Berkahwinlah! Belum mampu? Bercita-cita, bersedia, dan berusahalah! Sedang menunggu masa, bersabarlah dan berpuasa! Sesungguhnya ia benteng. Dan menjaga kehormatan diri, dari noda dan dosa. Jauhi supaya tidak terhampiri, kerana apabila sudah hampir, tidak dapat lagi lari, syaitan telah mengelilingi. Sucikanlah diri. Berdoa dan minta diampuni. Berdoa dan minta dipeliharai, oleh Allah sendiri. Berdoalah, dan minta dipandui. Berdoalah, supaya cepat dan selamat diijabkabuli. Dan berdoalah, supaya bahagia yang menanti.


Berdoalah, kerana Dia Maha Mendengar, dekat dan mengkabulkan.
Berdoalah, dengan takut (dosa-dosa yang lepas) dan harap (diampuni).
Amin…

Wednesday, March 24, 2010

KALI NI KITA KAJI SEJARAH PULAK (clik di sini jika mahu lebih byk video yg sama)

Assalamualaikum sahabat semua...
ini aku ada upload video yg mana tak ramai yg tahu kebenarannya...
harap sahabat semua dapat menghayatinya dan fikir-fikirkanlah kata2 perdana menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman yg ditemubual pada tahun 1988...
video ini langsung sekali tidak di edit dan ini adalah luahan pemimpin terdahulu...
selamat menonton dan mengkajinya...
mudah-mudahan kita semua berada dalam landasan agama ALLAH SWT iaitu ISLAM...amin...
sebelum play video ni pause dulu nasyid fm di sebelah kanan--->



lebih lanjut boleh masuk link ini: http://www.youtube.com/watch?v=XfrD4wVRTc8

Wednesday, March 3, 2010

2 Mac 2010 hari ini dalam sejarah umskal



assalamualaikum...

memang hari ni dalam sejarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan(umskal) apabila hampir 2000 orang mahasiswa umskal dalam perjalanan ke menara pentadbiran umskal pada jam 9.20pagi waktu malaysia...

keadaan ni berlaku gara2 semua mahasiswa dalam kampus cawangan ni dah muak dengan kehidupan "mandi pagi, belum tentu petang boleh mandi" kerana ketiadaan bekalan air bersih.. yang paling susahnya apabila mai sakit perut mau buang air besar... uhhhhhhh...~~ da macam2 ragam aku tengok... yang berhambur dalam perjalanan pon ada... hmmm.... ntah la... dah setahun dah kot macam nih... ni la masa yang sesuai untuk membuka mata pihak atasan bagi menangani masalah yang berlanjutan sejak zaman senior kami dulu lagi..


bukan apa.. perhimpunan aman ini adalah semata2 hanya mahukan tindakan, bukannya alasan dan omongan kosong sahaja... supaya generasi akan datang tidak lagi berhenti sesudah diterima masuk ke alam universiti kampus antarabangsa labuan ni hanya kerana tidak tahan dengan kehidupan tanpa air yang begitu panjang tempohnya serta fasiliti yang langsung tidak nampak macam universiti... kalau hampa sumua nak taw, baru2 ni hampir 100 orang dah berhenti dan antaranya berpindah ke kampus induk sebab kes air ni ja... hmmm...

bagi sesiapa yang nk komen ataw nak kata bahawa "alaaa....xdak air pon nk kecoh ka??" aku cadangkan hampa mai sini stay 2-3 hari pastu baru la hampa taw rasanya jadi student umskal..

>>ni aku ada sediakal artikel daripada berita bernama :<<

LABUAN, 2 Mac (Bernama) -- Lebih 1,000 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Selasa mengadakan piket bagi menuntut pihak berkuasa mencari penyelesaian segera terhadap masalah bekalan air di kampus itu.

Piket tersebut adalah yang pertama seumpamanya di pulau ini berikutan kekurangan bekalan air yang berlaku di sini sejak pertengahan tahun lepas.

Sambil membawa sepanduk dan poster, mereka berkumpul di kampus itu, yang terletak kira-kira 14km dari bandar Labuan, sejak pukul 9 pagi di bawah pengawasan polis.

Kuliah di kampus berkenaan dihentikan sementara berikutan piket itu.

Bercakap kepada Bernama, naib presiden majlis perwakilan pelajar UMSKAL Heryanto Hasanudin berkata mereka telah menyerahkan satu memorandum kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu sebelum piket tersebut diadakan.

Katanya dalam memorandum itu, pelajar meminta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melawat UMSKAL bagi melihat sendiri keadaan di situ; meminta bekalan air bersih disediakan secara berterusan; dan meminta universiti itu ditutup sehingga masalah bekalan air di situ diselesaikan.

Lebih 2,500 pelajar menuntut di universiti itu, sebahagian besarnya berasal dari tanah besar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta sebilangan kecil dari China, Indonesia dan negara lain.

"Akibat masalah bekalan air ini, ada pelajar yang berhenti dan melanjutkan pengajian di universiti lain," katanya.

Heryanto berkata pelajar menghadapi masalah bekalan air di kampus itu sejak semester pertama tahun lepas dan berharap keadaan akan bertambah baik pada semester kedua.

"Malangnya, keadaan bertambah buruk. Kami telah suarakan masalah ini sejak tahun lepas, tapi ia terus berlarutan. Kami harap menteri berkenaan akan mencari jalan bagi membantu kami," katanya.

Kini, pelajar universiti itu bergantung pada bekalan air yang dihantar oleh lori tangki Jabatan Bekalan Air bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Heryanto berkata mereka cuba menghubungi naib canselor universiti itu untuk mendapatkan bantuan, tetapi tidak berjaya.

Usaha Bernama untuk menghubungi pengarah UMSKAL juga tidak berhasil.

Sementara itu, Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata beliau telah meminta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mencari penyelesaian bagi masalah kekurangan bekalan air di Labuan.

"Kami tidak boleh biarkan para pelajar dan rakyat kami terus mengalami masalah ini sepanjang masa. Kami tak akan dapat menarik pelabur sekiranya masalah ini berterusan," katanya.

UMSKAL memerlukan sekurang-kurangnya 120,000 gelen air sehari bagi memenuhi keperluan pelajar dan petugasnya.

Sementara itu, berikutan perbincangannya dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Ahmad Phesal Talip, Jabatan Bekalan Air dijangka menghantar bekalan air yang secukupnya ke universiti itu.

Masalah kekurangan bekalan air di Labuan dijangka berakhir Disember ini apabila projek saluran paip dasar laut dari Beufort ke pulau berkenaan berharga RM365juta, disiap sepenuhnya.

Kini, Labuan bergantung pada bekalan air dari tanah besar Sabah melalui saluran paip dasar laut dari Sungai Padas di daerah Beaufort. Permintaan terhadap bekalan air di Labuan ialah kira-kira 56 juta liter sehari, sedangkan bekalan semasa hanya berjumlah 42 juta liter.

Masalah bekalan air di Labuan bermula apabila dua daripada tiga empangan kering awal tahun lepas.



- BERNAMA -