Tuesday, April 27, 2010

kanak2 berusia 15 tahun meninggal ditembak polis???

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi
Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Tuesday, April 20, 2010

hari pertama dalam dewan exam...


hari ni hari pertama aku dalam dewan exam... terasa gementar... takut... mengantuk... lapar... pening... blurr... dahaga... dan lain2 perasaan semuanya ada... hahahaha,,, semua ni gara2 study last minit lah nih... tapi alhamdulillah syukur aku tujukan pada ALLAH YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK... semua soalan dapat jawab... tapi ntah la ok ka tak... huhuhu... ok kot rasanya pasai macam penah buat sebelum nih...

ni baru satu subjek... nun ada lagi 5 paper sedang menanti pada minggu2 akan datang... moga aku dapat jawab dengan tenang dan betui.. hehe... jangan buat aku tetidoq plak lam dewan nu nanti... malu aku...huhu..

buat masa ni lom lagi la aku tidoq dalam dewan exam.. heehe... makalau aku tidoq qasanya semua tak leh jawab exam pasai aku dk mengeqoh.. hehehe... hmmm... mintak2 jangan la buat aku t

semua keperluan dah aku buat... mintak restu mak ayah... solat hajat.. dan apa2 yg dari segi rohaninya dah pun aku buat.. insya'allah... mudah-mudahan semua tu dapat membantu aku serba sikit dalam aku menjawab semua soalan exam nanti... doakan aku ya... amin..

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin maut dalam kemalangan (al-fatihah)

Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat Seremban, petang semalam.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

achik (spin)"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 6.32 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian," katanya.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

- Bernama

Sunday, April 4, 2010

kelas semakin hampir ke penghujungnya.....


sedar tak sedar aku dah sampai ke penghujung semester 4 tahun 2 kat UMS kampus antarabangsa labuan ni...hmmm... kekadang aku rasa macam kejap sangat study kat sini.. but, kengkadang jugak aku rasa lambat ja nak abis satu2 subjek tu...hehehe:)

minggu ni adalah minggu terakhir kuliah bagi subjek yang aku ambik... tapi still ada lagi kuliah yang aku kena pegi bcoz ada lecture yang ganti kuliah yang terlepas... pastu pulak minggu ni pun aku kena siapkan dan hantaq semua assignment yang lecture bagi...

lagi pulak minggu ni juga ada presentation subjek isu semasa dengan e-dagang...apa2 pon alhamdulillah aku leh jugak follow apa yang lecture ajarkan sem nih.. harap2 soalan final nanti senang2 la...hehehe.. hope that can be easy to me...