Sunday, August 29, 2010

tak balik kampong~~



skali aku memikirkan kuarga aku kat kampung, sebak gak la bcoz taun ni aku ambil keputusan tak balik beraya di kampung...
hmmm... mak, ayah...wan mintak maaf banyak2 taw pasai wan tak balik beqaya kat kampung buat kedua kalinya sejak wan mengaji kat UMS nih...

dulu buat petama kalinya aku tak beraya kat kampung sebab fist time masuk UMS tahun 2008... masa tu raya HAJI@ aidiladha.. aku x balik sebab cuti seminggu ja pun...then aku ambik keputusan beraya di umah senior aku di kota kinabalu.... terasa jugak la bila tak beraya di kampung halaman...maklom la, aku ni sejak kecik g mana penah jalan jauh-jauh macam ni..
sekarang nih... nah ambik hang... sedar-sedar ja aku dah sampai sabah.... hahaha... bagaikan mimpi oooo....

hmmm....masa beraya kat sini masa first time dulu aku kempunan gak nak makan ketupat... huhu... kat sini susah nak cari ketupat... yang ada burasak la... makanan bugis.. burasak ni dia lebih kurang macam nasik impit la makalu kat tempat aku...hmmm...
apa lagi.. tepaksa la ku makan cicah ngan kuah kacang... boleh tahan la qasanya... hehe..

now i'm already here about 3 years... aku tahu serba sedikit tentang kehidupan orang sabah...terutama kawan2 aku kat sini... orang2 kat sini baik2 semuanya...
sometimes aku rasa rindu sangat kat family aku... tapi nak buat mcm mana just lupakan sementara... dah nak habis dah tempoh pengajian aku kat sini... lagipun aku terus terang cakap la...aku dah tak sabar nk habiskan semua ni... then aku nk balik kampung cari keja...

pasal yang beraya kali ke dua pula... aku ambil keputusan tak balik sem ni @ tahun 2010 ni sebab aku nak habiskan masa aku di tempat orang sebelum aku tamat pengajian ijazah aku di sini.. lagipun aku tinggal 1tahun ja lagi di UMS nih... insyaallah...
then tahun ni aku dipelawa kawan aku Hamzah namanya... dia ajak aku dgn kawan2 aku yang tak balik raya di semenanjung p beraya d rumah dia... dia cakap rumah dia d dalam pulau yang diberi nama "PULAU TIGABU"... terletak di kudat... aku pon tak taw kat mana... just ikut ja la... hmmm... bila lagi nak jalan2 kan?? masa ni la... huhu..

Tok, Mak, Ayah, Kak Long, Abg Jan, Kak Ni, Kak Chik, Adik Yati, Bang Non, Bang Man, Kak Shima, semperna hari raya ni...wan kat sini nak mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...maafkan semua kesalahan yang wan dah buat kat semua... wan rinduuuu sangat kat semua... nanti raya haji wan balik ya... taun ni wan beraya kat sini dulu...doakan wan sihat dan bejaya ya...

mak..wan mintak maaf ya... wan taw mesti mak sedih wan tak balik kan?? but don't worry k... wan ok ja kat sini... jangan sedih2 taw mak.. lagipun taun ni ja wan x balik... mcm first time wan kat sini gak dulu...hehe...senyum selalu taw....miss u so much!! love u... Ayah..u rock!! hehe...cool ja kan pagi2 raya...heheh...makasih bagi duit raya.. dah masuk wan tengok dlm akaun semalam...

kakcik...thanks bagi duit raya...hehe..kaklong thanks ur support...and all my family.. thank q so much!!! love u... hehe..c u next year...bulan 12 ni wan balik k...hehe...
senyum selalu... dan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WAN DI SINI universiti malaysia sabah....2010...

ya ALLAH ya tuhanku...ampunkanlah dosa2ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa seluruh ahli keluargaku dan dosa2 umat islam di dunia ini samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia... ya ALLAH ya tuhanku, murahkanlah rezeki kami dan KAU sejahterakanlah keluargaku dan keluarga terdekatku serta berikanlah kami hidayahmu dan lindungilah kami di dunia dan akhirat... amin...

Saturday, August 28, 2010

CUBA MUHASABAH DIRI KITA....Kenapa Yahudi Bijak

ARTIKEL INI SAYA AMBIL DARI LAMAN FB KAWAN SAYA...MUDAH-MUDAHAN ANDA DAPAT MENGHAYATINYA DAN FIKIR APA YANG TELAH PENULIS ASAL ARTIKEL INI SEBARKAN KEPADA KITA....MOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN GANJARAN PAHALA KEPADA PENULIS YANG MENGKAJI DAN MENYEBARKAN KEPADA KITA...AMIN...



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Monday, August 9, 2010

DETIK PEMERGIAN DAN CINTA RASULULLAH S.A.W KEPADA UMATNYA....

Ada sebuah kisah tentang cinta
yang benar2 cinta
yang dicontohi ALLAH
mlalui khidupan RASUL nya


pagi itu,walaupun langit telah
mula menguning,
burung2 gurun
enggan mengepakkan sayap


pagi tu ....
RASULULLAH dengan suara terbatas
memberikan khutbah,


"wahai umatku...
kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH
dan cinta kasih-nya.
Maka taati dan bertaqwalah kpada-nya


"kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al-Quran dan sunnahku..."


barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku
dan kelak orang2 yang mencintaiku
akan msuk syurga bersama-sama aku...


khutbah singkat itu diakhiri
dengan pandangan mata Rasulullah
yang tenang dan penuh minat
menatap sahabatnya satu persatu


abu bakar menatap mata itu
dengan berkaca-kaca

Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya

Uthman menghela nafas panjang

ali menundukkan kpalanya dalam-dalam.


Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba...

Rasulullah akan meninggalkan kita semua,
keluh hati semua sahabat kala itu.

manusia tercinta itu,
hampir selesai menunaikan tugannya didunia.

tanda-tanda itu semakin kuat...

Ali dan Fadhal dengan cergas
menagkap RASULULLAH
yang berkeadaan lemah dan goyah
ketika turun dari mimbar.

Disaat itu,kalau mampu,
seluruh sahabat yang hadir disana
pasti akan menahan detik-detik berlalu

Matahari kian tinggi,
tapi pintu rumah RASULULLAH masih tertutup

sedang didalamnya,
RASULULLAH sedang terbaring lemah
dengan keningnya yang berkeringat
dan membasahi pelepah kurma
yang menjadi alas tidurnya

Tiba-tiba dari luar pintu
terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam,

Bolehkah saya masuk? tanyanya

Tapi Fatimah tidak mengizinkan masuk,

Maaflah ayahku sedang demam
kata fatimah yang membalikkan badan
dan menutup daun pintu

Kemudian ia kembali menemani ayahnya
yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada fatimah

siapakah itu wahai anakku?

Tak tahulah ayahku
orangnya seperti baru sekali ini aku melihatnya
tutur fatimah lembut

lalu RASULULLAH menatap puterinya
dengan pandangan yang menggetarkan,
seolah-olah bahagian demi bahagian
wajah anaknya itu hendak dikenang

Ketahuilah dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara
dialah yang memisahkan pertemuan didunia

Dialah malakul maut, kata RASULULLAH

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya

Malaikat maut datang menghampiri,
tapi RASULULLAH menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya

Kemudian dipanggil jibril
yang sebelumnya sudah bersiap
di atas langit dunia menyambut
ruh kekasih ALLAH dan penghulu dunia ini

Jibril,jelaskan apa hakku
nanti di hadapan ALLAH?
tanya RASULULLAH dengan
suara yang amat lemah

Pintu-pintu langit telah terbuka,
para malaikat telah menanti ruhmu,
semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu,
kata jibril


tapi itu ternyata tidak
membuat RASULULLAH lega
matanya masih penuh kecemasan

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?
tanya jibril lagi

Khabarkan kepadaku
bagaimana nasib umatku kelak?

jangan khawatir wahai RASUL ALLAH
aku pernah mendengar
ALLAH berfirman kepadaku:
kuharamkan syurga bagi siapa saja
kecuali umat MUHAMMAD
telah berada didalamnya
Kata jibril

detik-detik semakin dekat,
saatnya Izrail melakukan tugas

Perlahan ruh RASULULLAH ditarik
nampak seluruh tubuh RASULULLAH
bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang

jibril betapa sakit sakaratul maut ini
perlahan RASULULLAH mengaduh

Fatimah terpejam,
Ali disampingnya
menunduk semakin dalam
dan jibril memalingkan muka


jijikkah kau melihatku
hingga kau paling wajahmu jibril?
tanya RASULULLAH pada
malaikat penghantar wahyu itu

siapakah yang sanggup,melihat
kekasih ALLAH direnggut ajal
kata jibril

Sebentar kemudian terdengar RASULULLAH memekik
kerana sakit yang tidak tertahankan lagi

Ya ALLAH
dahsyat nian maut ini
timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan kepada umatku

badan rasullulah mulai dingin
kaki dan badannya sudah tidak bergerak lagi
bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu

Ali segera mendekatkan telinganya
peliharalah shalat
dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu

diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan
sahabat saling berpelukan

fatimah menutup tangan di wajahnya,
dan ali kembali mendekatkan telinganya
ke bibir RASULULLAH yang mulai kebiruan

ummati..ummati..Ummatiii..

dan berakhirlah hidup manusia mulia
yang memberi sinaran itu

ALLAHUMMA SHOLLI' ALA MUHAMMAD
WABAARIK WASALIM'ALAIAH



bertapa cintanya RASULULLAH kpada kita...




kami juga mencintaimu ya RASULULLAH
dan cinta itu..
akan kami buktikan