Thursday, September 16, 2010

2010 PENGALAMAN BERAYA D PULAU....

tahun ini merupakan pengalaman yang tak leh aku lupa....sebab keputusan yang aku buat untuk tidak beraya di kampung berbaloi sangat. semua ni sebab aku dapat pergi tempat yang aku idam-idamkan selama ini, pertama aku p "the tip of borneo" tempat yang mana paling hujung dalam borneo nih...hehehe...suka2:)

hmmm...kedua, aku secara tidak langsung dapat buat benda yang aku suka... snorkling, makan telur penyu, jalan malam d pulau tigabu tengok
penyu naik pantai betelur(walaupun tak jumpa..tapi dapat la begambar dengan telur-telurnya...hehe) dan yang paling aku tak leh lupa, makan landak laut...atau orang kampung tu panggil "tehek-tehek"... sedap wa cakap sama lu....:)

huhu...masa kami pergi snorkeling atau nak mancing ikan batu, aku terpijak landak laut yang panjang durinya nama yang orang kampung tu panggil "taiyum"... sakit beb!!... hmmm... alhamdulillah aku ni jenis yang tahan sakit...hehe...

ni aku tunjukkan pic sepanjang pejalanan aku masa bercuti di Pulau Tigabu---->>

atas: masa ni kami dalam perjalanan dari kota kinabalu ke kudat.

atas: lepak di kudat, masa ni begambar di kudat(esplanad).

atas: kami bermalam di rumah kakak kawan aku si hamzah 2 hari 3 malam.

atas: keta kakak hamzah,kami jejalan di kudat dengan kelisa ni la...thanks akak..:)ehe.. yang penting aku dah drive di kudat...hehe...

atas: ni kapal pakcik hamzah...asalnya kami nak naik kapal ni..tapi bila tiba masa nak balik pulau, tiba-tiba hamzah cakap kapal ni da penuh...kalau tak silap aku lebih dari 20 orang....jadi kami ambil keputusan naik kapal yang lain....haji punya kapal...lagi besar...

atas: kapal haji lebih kurang besar ni la...(pic atas kapal semasa betolak ke pulau tigabu) pejalanan mengambil masa selama 8JAM...kami betolak jam 5ptg,sampai jam 12tgh malam...bebuka puasa atas kapal...jam6.30ptg...hehe..pengalaman baru nih...

atas: akhirnya aku sampai kat sini...bagi sesiapa yg tak tahu, ni la "the tip of borneo" nak tau lebih lanjut google search ja ya...hehe..

atas: ni la suasana kampung di Pulau Tigabu...kampung yang sangat cantik...Masya'allah....setelah pejalanan selama 8jam...akhirnya berbaloi bila tengok semua ni... antara perkampungan yang paling cantik keadaan sekelilingnya...

atas: kami sembahyang raya di masjid pulau tigabu dgn oqang kampung...

atas: pergi beraya di rumah org kampung...kampung ni just ada lebih kurang 100buah rumah ja...dlam beberapa jam ja kami beraya...pastu sebelah petang kami pergi ke laut...mancing ikan
dan snokeling...then mancing ikan...

atas: ni la si hamzah...otai 3bu...bawa pambot ke destinasi belakang pulau... dan pusing pulau...

atas: ini lah xtvt kami masa petang hari raya di Pulau 3bu...shoq...ehe:) dan xtvt malam pula kami keluar cari telur penyu....

atas: makan telur penyu dan landak laut aka "tehek-tehek"....sedap...:)

atas: inilah satu-satunya bekalan air bersih dalam pulau ini...air telaga...dan ambil wuduk guna teko ni...yang diisi penuh...

atas: inilah satu-satunya cara penduduk pulau 3bu menjana bekalan elektrik...dan bekalan air juga menggunakan kaedah yang sama dgn pam air naik ke rumah... bukan macam kita di sini yg 24jam on elektrik... mereka ada limit sampai jam 11@12mlm ja....sebab nk jimat minyak... mahal... aku terfikir jugak, rupanya kemerdekaan kita ke-53thun ni yg kita rasa dah maju, rupanya tidak...kerana masih ada yang memerlukan kemudahan yang semacam kita di sini....insyaallah... mudah-mudahan pulau 3bu akan maju suatu hari nanti...amin...


atas: inilah kapal "pelayaran kasih" yang kami tumpang utk balik ke tanah besar sabah...nasib baik sempat kejar...kalu tak kami kena tinggal...uhu... tapi sronok gak kalu kena tinggal...leh stay d 3bu 2@3hari lagi...ehe...

atas: kalau hampa nak taw...ni la kapal petama yang aku penah bawak...pakcik tuan punya kapal ni pecayakan aku utk bawak kapal ni...dia cakap senang ja... hehe... hampir setengah jam jugak la aku di tempat kapten kapal nih...ehe..:) mungkin di air dalam ja kot dia benarkan aku kemudi kapal ni...dan pic di bawah ni pula kami berempat ni dipelawa makan di atas kapal ni....ikan kering dgn sambal timun...sedap...:)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
atas: inilah hari terakhir kami di kota kinabalu 1 mlm d hotel,dan kota murudu....then kami terus balik ke Kampus Antarabangsa Labuan....:) di bawah ni serba sikit pic saat2 terakhir kami on the way ke labuan---->>

atas: naik feri dari menumbuk ke labuan....


secara keseluruhannya....inilah pengalaman yang tak dapat dilupakan... thanks hamzah... nanti insyaallah kalau ada peluang lagi kami pegi sana lagi ya...