Saturday, November 27, 2010

Koleksi Mutiara Kata

assalamualaikum....

kali ini aku nak share dengan korang koleksi mutiara kata yang
aku sempat baca dalam buku
"Koleksi Mutiara Kata''
buku ni kalau kamu semua nak tau, my lovely friend bagi kat aku taun lepas....
semoga mutiara kata ini dapat menjadi peransang dan pedoman pada kita semua...
fikir, fikir dan terus berfikir...:)

MUTIARA 1
Ibadah adalah kebahagiaan,
kesolehan adalah kebersihan,dan
siapa yang terus berzikir,
sentiasa beristigfar dan memperbanyak doa,
maka dia adalah seorang
hamba ALLAH S.W.T yang soleh.

MUTIARA 2
Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai,
anda merasa damai dengannya,
anda dapat mengadu masalah anda padanya,
dan dia dapat menceritakan masalahnya kepada anda,
serta dia tidak membocorkan rahsia anda.

MUTIARA 3
Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada
apa yang anda rasakan pada saat ini,
ianya supaya anda tidak akan kehilangan apa yang anda miliki pada saat ini,
Dan jangan pula tunggu-tunggu musibah yang akan datang,
kerana jika berlakunya sedemikian,
bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan.

MUTIARA 4
Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal,
tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan.
Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan
mendapat seluruh anugerah dan pemberian,
maka hal itu adalah mustahil.

MUTIARA 5
Wanita yang cantik dan bertaqwa,
rumah yang luas,
rezeki yang cukup,
dan jiran tetangga yang soleh
adalah nikmat yang kurang
disedari oleh kebanyakan manusia.

MUTIARA 6
Kemampuan melupankan hal-hal
yang tidak disenangi adalah suatu nikmat,
mengingati nikmat-nikmat adalah kebaikan,
dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.

MUTIARA 7
Memberi maaf adalah lebih lazat
daripada membalas dendam,
bekerja lebih nikmat daripada menganggur,
ilmu lebih bernilai daripada harta,
dan nikmat kesihatan lebih baik daripada kekayaan.

MUTIARA 8
Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat,
keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan,
peluh kerana bekerja adalah pewangi,
dan pujian yang baik adalah wangian yang harum semerbak.

MUTIARA 9
Sembahyang di waktu malam adalah keagungan di siang hari,
senang memberikan kebaikan kepada orang lain adalah satu bentuk kebersihan hati,
dan menunggu pertolongan dari ALLAH S.W.T adalah suatu ibadah.

MUTIARA 10
Dalam musibah itu terdapat empat seni,
pertama, mencari pahala dari ALLAH S.W.T,
kedua, berkawan dengan kesabaran,
ketiga, berzikir dengan baik,
dan yang keempat, menuggu kelembutan dari ALLAH S.W.T.

MUTIARA 11
Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan,
atau hatimu dibayangi kesedihan, atau
keluarga dan hartamu meninggalkanmu, maka
janganlah sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jadi
ALLAH S.W.T telah menggantikannya di sebalik itu dengan
segala bentuk kebaikan yang tidak terduga olehmu.


ini ja yang aku dapat ingat buat masa nih...hmmm... nanti kalau ada masa, aku update yang terbaru ya... insya'allah...
mudah-mudahan anda semua dilindungi dan diberikan segala kebaikan di dunia dan akhirat...
amin...senyum selalu...:)

1 comment: