Tuesday, February 9, 2010

cara nak delete virus secara manual




assalamualaikum...
kalau nk tonton video ni pause dulu radio nashid fm di sebelah kanan anda...
pada kali ini saya upload video tentang "how to delete virus"...
teruskan menonton....


ni serba sedikit video tutorial tentang bagaimana kita hendak membuang atau menghapuskan virus didalam komputer atau tamdrive kita...

moga video toturial ini memberikan manfaat serba sedikit kepada anda semua yg sudi melayari ke laman blog saya yg daif ini....

kata-kata akhir saya, "hapuskan virus tiada masalah!!"...
hehehe...

Monday, February 8, 2010

bicara buatmu....

بسم الله الرحمن الرحيم

bait bicara kututurkan untuk mantafsir falsafah dan erti persahabatan.. malam kian larut, kesunyian dan kesejukan memamah sekeping hati yang sedang diundang sepi... Pedih dalam mencari hakikat takdir yang sedang menimpa diri ini... Payah untuk diterjemahkan kepada insan lain bagi merayu secebis simpati...

Nafas panjang kutarik sebentar untuk melepaskan keluhan demi keluhan yang sarat dengan kedunguan... Diriku semakin hanyut dibuai badai resah gelisah... Satu persoalan yang sukar bagiku membuat keputusan.... Logik akal yang berlandaskan pemikiran sekular dijamu penuh emosi tanpa bimbingan dan rujukan wahyu... Buku bersalut ilmu-ilmu tafsir yang mampu menyelongkar kehalusan dan kecantikan hikmahnya....

Ketenangan kian menghampiri jiwaku ini..akan ku baitkan bicara ini dengan penuh rahmat ...."Sahabat..." indahnya gelaran ini... terkesima bila mendengar mahupun menyebutnya..... dikala ini sahabatlah segala-galanya... tika sepi, sahabatlah penhiburnya... tika sedih, sahabatlah pengubatnya...

Tapi kini, sahabat dipermainkan... tika bahagia, sentiasa bersama... tika berduka bagaimana???? di mana letaknya darjat sebenar persahabatan ini???? berbalah sedikit terus diputuskan hubungan yang telah sekian lama terjalin.... langsung tidak terfikirkah perbincangan secara rasional pembuka hati???? Perbalahan, peng-erat persahabatan andai kita saling sudi memaafi dan berlapang dada antara satu sama lain....

Buatmu, andai dirimu resah gelisah bayakkanlah berdoa mohon petunjuk dari ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI... tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH SWT...

.::nukilan ini adalah kata2 dari insan yg important buatku...pada 1/8/2002(khamis) ::.

Monday, February 1, 2010

Petua Pelajar Cemerlang Dato Dr Fadzilah Kamsah



( DR. FADZILAH KAMSAH )


PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku /
nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang
positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru
mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji,
dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl
clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,
selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah
dan selepas berdoa

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa
80% selepas belajar )

18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan

-->>

-iktibarnya kat sini kita perlulah sentiasa BERUSAHA+BERDOA = TAWAKKAL pada ALLAH SWT...renung2kan dan selamat beramal...