Saturday, October 31, 2009

:: kenangan masa zaman sekolah dulu ::



:: barbeku kat umah fandi ::


:: senam pagi di titi gantung gunung jerai kedah ::

Friday, October 16, 2009

:: FINAL EXAM ::


salam...
rasa mcm lama pulak tak update blog aku ni...
hmmm... maklum la... rasa sibuk sangat kot... esgnment, kuiz, klas, semua benda nk buat.... tapi kita kena ingat bahawa semua ni hanyalah secebis daripada kehidupan dunia... walau sibuk macam mana pun kita atas muka bumi ALLAH ni.. semuanya tidak ada maknanya melainkan apa yang kita buat ini berteraskan niat yang IKHLAS KERANA ALLAH SWT...

serta kita berperanan sebagai seorang muslim untuk menaikkan serta memikul tanggungjawab supaya agama ISLAM tidak tercemar dan sentiasa di hadapan dan cemerlang seperti zaman kegemilangan dulu...

apa pun yang kita buat mesti niat kerana ALLAH SWT barulah semuanya dipermudahkan dan mendapat keberkatan daripada-NYA...

kekawan yang dari IPTA/IPTS lain diharap anda semua BERJAYA dalam exam dan sentiasa diberkati serta diberi petunjuk oleh-NYA agar mendaapatkan apa yang diinginkan... amin... aku kat UMS_KAL ni mula exam 2hb 11 ni... dan insyaallah habis dalam 17hb 11... doakan aku ya... huhu..

"JANGAN LUPA SOLAT!!! EXAM-EXAM JUGAK..... YANG WAJIB JANGAN SESEKALI TINGGAL.... INSYAALLAH... KITA TOLONG AGAMA ALLAH, ALLAH TOLONG KUKUHKAN KEDUDUKAN KITA DI MUKA BUMI INI..."

hamba yg hina: wan

Saturday, September 12, 2009

:: ALHAMDULILLAH... HARI NI AKU BALIK KAMPUNG ::



nak jumpak kuarga kat kampung...
anak buah aku tengah menunggu...

yeah huuuu........!!!
akhirnya sampai gak masanya aku balik kampong halaman... raya tahun lepas aku tak balik... alhamdulillah sampai jugak hajat nak balik beraya kat kampong halaman... aku bukan apa, tiada yang lebih mengembirakan selain dapat balik beraya kat kampong sendiri... cukuplah tahun lepas aku beraya kat negeri orang...

apa-apa pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA maafkanlah kiranya bicara hati didalam blog ini tidak menepati kehendak sesiapa sahaja di luar sana... tapi apa yang penting hati kita perlulah disertakan dengan keikhlasan yang lahir dari dasar hati kita tanpa mengharapkan balasan... tul tak?? ehe..

sekali lagi aku ucapkan moga selamat balik kampong halaman kepada sesiapa yang balik beraya.. moga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas... insyaallah...
jap lagi aku bertolak ke kedah... hehehe... kita jumoa lagi 3minggu akan datang...
assalamualaikum... SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...